fb fb fb fb fb

Perkasa Bahasa Kebangsaan: Ketua jabatan perlu pastikan urusan rasmi guna Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR,11 Ogos- Ketua jabatan dikehendaki memastikan setiap urusan jabatan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Arahan terpakai dalam setiap urusan rasmi, surat rasmi dan dokumen perjanjian bagi urusan dalam dan luar negara.

Perkara berkenaan dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia yang disertakan dengan surat edaran ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.


(Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah)

Pekeliling menyatakan ceraian mengenai Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam itu berkuat kuasa mulai tarikh surat edaran itu dikeluarkan.

Bagi memastikan ia dilaksana, tindakan proaktif disaran untuk diambil.

Antaranya penyediaan kemudahan, perkhidmatan penterjemahan dan peruntukan kewangan.

Ketua jabatan juga dikehendaki memastikan kakitangan mempunyai tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang baik.

Media Baharu