fb fb fb fb fb

Perkampungan masyarakat Penan di Apoh Baram terbakar

Perkampungan masyarakat Penan di Apoh Baram terbakar/Foto JBPM

MIRI, 7 Mac- Sebuah perkampungan masyarakat Penan, di Kampung Kerangan, Apoh Baram dilaporkan terbakar semalam.

Ketua Bahagian Forensik Kebakaran Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ia hanya melibatkan kemusnahan harta benda di lokasi kejadian.

"Semasa kejadian tersebut berlaku, ia belum dapat dipastikan berikutan tiada maklumat diperolehi.

"Hari ini, Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi bergerak sekali dengan pasukan penyiasatan dari Zon 6 Miri ke lokasi kejadian pada pukul 7.30 pagi tadi," katanya.

Unit k9 Forensik dari Kuching turut digerakkan ke lokasi pada hari ini bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun kampung berkenaan tidak mempunyai liputan telekomunikasi manakala jarak dari balai bomba ke lokasi kejadian mengambil masa lebih kurang lima hingga enam jam iaitu kira-kira 100 kilometer perjalanan menggunakan darat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI