fb fb fb fb fb

PERHILITAN nasihat penduduk waspada kelibat buaya

KUANTAN, 14 Disember- Penduduk di sekitar Sungai Belat dan Sungai Kuantan, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mengambil tindakan sendiri jika terlihat buaya pada musim tengkujuh ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang, Rozaidan Md Yasin berkata, kejadian air pasang dan banjir yang menyebabkan air sungai melimpah, membolehkan reptilia itu keluar dari habitat asalnya.

Menurut beliau, kejadian limpahan Sungai Air Hitam, iaitu anak Sungai Belat dipercayai punca seekor buaya dikesan berada di atas jalan di Kampung Air Hitam berhampiran Sri Damai pada Isnin lalu dan video mengenainya tular di media sosial sejak semalam.

Pihaknya membuat pemantauan, namun tidak menemui buaya berkenaan, justeru meminta penduduk sekitar sentiasa berhati-hati.

Tambah beliau, selain Sri Damai dan Air Hitam, penduduk kawasan Inderapura, Sungai Isap, Kampung Belukar, Kampung Kurnia dan kawasan berhampiran tali air Kampung Razali serta Kampung Jawa juga perlu berwaspada.

Penduduk yang mengesan haiwan itu dinasihatkan agar tidak menghampirinya dan menghubungi segera PERHILITAN di talian 09-5733811 atau panggilan Hotline, 1-800-88-5151.

(Foto hiasan)

Media Baharu