fb fb fb fb fb

Peranan KRT perlu diperkasa untuk perpaduan rakyat- Halimah

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Peranan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dalam masyarakat perlu terus diperkasa bagi mengukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, semua anggota masyarakat perlu memainkan peranan agar fungsi KRT di kawasan masing-masing dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.


(Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique)

"Apabila ahli-ahli jawatankuasa KRT komuniti buat pelantikan kepada pengerusi KRT perlu terdiri daripada pelbagai kaum. Kita ada letakkan kuota", katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

"Jadi, tidak mahu satu kaum sahaja yang memegang jawatan KRT tetapi kepelbagaian kaum Melayu, Cina, India semua mesti ada, termasuklah di Sabah dan Sarawak juga melibatkan kaum-kaum lain.

Beliau menggesa wakil-wakil rakyat kawasan untuk bekerjasama dengan KRT dalam kawasan masing-masing bagi melaksana pelbagai program dan membantu masyarakat tanpa sebarang agenda politik

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tentang peranan KRT untuk memupuk integrasi rakyat pelbagai kaum.

Media Baharu