fb fb fb fb fb

Peranan aktif masyarakat perkasa literasi OKU penglihatan

Dr. 'Atiah Abdullah Sidek

KUALA LUMPUR, 28 Disember - Masyarakat digesa tampil memainkan peranan lebih aktif dalam menyokong usaha memperkasa literasi golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan.

Pensyarah Kuliah Kejuruteraan (UIAM) Dr. 'Atiah Abdullah Sidek berkata, seruan itu merangkumi kolaborasi, sumbangan kepakaran serta peningkatan kesedaran awam terhadap cabaran sebenar dihadapi komuniti berkenaan.

Ketika ini akses bahan bacaan subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) masih menjadi kekangan utama bagi murid OKU penglihatan.

"Sebab kita tidak tahu, cabaran yang mereka hadapi sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding kita. Kami melihat terdapat keperluan kerana kekurangan akses literasi, terutama buku rujukan STEM. B

"uku-buku ini memerlukan banyak graf dan gambar rajah. Jadi, semua ini dalam bentuk taktil perlu disediakan secara manual," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.

Sejak 2024, pihaknya telah mengasaskan sebuah inisiatif pembelajaran memfokuskan kepada penghasilan bahan rujukan taktil, khususnya bagi subjek STEM.

Usaha itu akan diperluas ke subjek lain untuk memudahkan akses literasi buat murid OKU penglihatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI