Perak teliti pelaksanaan BDR penjawat awam

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 6 April -Kerajaan Negeri Perak sedang meneliti pelaksanaan Bekerja dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam negeri susulan pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha Kerajaan Negeri menjalankan kajian terperinci dan akan mengadakan taklimat khas bersama ketua jabatan.
  • Kerajaan melihat potensi mengarahkan kakitangan tertentu bekerja dari rumah mengikut keperluan dan peranan masing-masing.
  • Pelaksanaan BDR berbeza daripada semasa COVID-19 dan mempunyai tujuan lain yang perlu difahami kakitangan.
  • Sebarang pakej rangsangan ekonomi akan dinilai terlebih dahulu dan dibincangkan dalam mesyuarat khas; fokus kepada petani dan usahawan.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kini sedang menjalankan kajian terperinci sebelum satu taklimat khas diadakan bersama ketua-ketua jabatan dalam masa terdekat bagi memperincikan pelaksanaan itu.

“Kerajaan negeri melihat potensi untuk mengarahkan kakitangan kerajaan yang berkaitan bekerja dari rumah. Setiausaha Kerajaan Negeri kini sedang menjalankan kajian, dan esok beliau akan memanggil ketua-ketua jabatan untuk memaklumkan perkara tersebut.

“Beliau menjelaskan bahawa situasi ini berbeza daripada semasa COVID-19, di mana arahan bekerja dari rumah dilaksanakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul. Kali ini, pelaksanaannya mempunyai tujuan lain yang perlu difahami oleh kakitangan kerajaan,” katanya dalam
sidang media Penyerahan Buku Rujukan Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Sementara itu, mengulas kemungkinan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi, beliau berkata kerajaan negeri akan menilai keperluan semasa terlebih dahulu sebelum merangka langkah bersasar.

Tambahnya, sebarang inisiatif akan dibincangkan dalam mesyuarat khas kerajaan negeri, dengan fokus kepada memperkukuh sokongan kepada golongan petani dan usahawan.