fb fb fb fb fb

Perak benar solat sunat Aidilfitri dalam kawasan perumahan - Sultan Nazrin

IPOH, 26 April - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan membenarkan solat sunat Aidilfitri di negeri itu diadakan di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan perumahan tanpa penjarakan fizikal pada 1 Syawal.

Syarat yang ditetapkan ialah pihak penganjur perlu memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Aidilfitri kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Balai Polis atau Pondok Polis terdekat.

Katanya, Sultan Nazrin memberi perkenan berlandaskan sembah nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

(Solat Sunat Aidilfitri dibernarkan/Foto fail)

 "Solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan tanpa jarak fizikal antara jemaah di masjid dan surau. Aktiviti takbir Aidilfitri juga boleh diadakan dari rumah ke rumah," kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hidangan jamuan Aidilfitri di masjid dan surau secara terbuka atau bufet serta aktiviti ziarah kubur juga dibenarkan.

Malahan jamuan secara terbuka atau bufet sudah boleh diadakan di masjid dan surau bermula solat Maghrib, Khamis ini.

"Semua aktiviti Aidilfitri hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN dan JKN seperti pemakaian pelitup muka dan mendaftar kehadiran di MySejahtera," katanya.

Media Baharu