
DHAHRAN, 10 Februari – Pasukan Formula Satu, Aston Martin melancarkan “livery” mereka di Arab Saudi sebelum sesi ujian di Bahrain.
- Pengenalan livery baharu Aston Martin semasa pelancaran di Arab Saudi sebelum ujian Bahrain.
- Peralihan pembekal kuasa kepada Honda menggantikan Mercedes untuk musim enjin baharu.
- Kenderaan AMR26 direka bawah Adrian Newey dengan bimbingan teknikal Enrico Cardile.
- Kereta tiba lewat untuk shakedown Barcelona walau visualnya menarik.
Formula One memasuki era enjin baharu musim ini dan Aston Martin, kini sebuah pasukan kerja, menggantikan Mercedes dengan Honda sebagai pembekal unit kuasa mereka.
“Nampak menarik. Kami sukakan warna hijau dan anda tahu, Saya rasa sedikit berbeza daripada beberapa tahun lepas dengan warna asas, saya harap peminat akan sukakannya dan kami akan memandu dengan selaju yang kami mampu. Saya sukakan warna satin, nampak bagus.” kata Fernando Alondo, salah seorang pemandu pasukan F1 Aston Martin.
Kereta AMR26 juga merupakan yang pertama untuk pasukan yang berpangkalan di Silverstone di bawah kepimpinan pereka yang memenangi pelbagai gelaran Adrian Newey dan bimbingan teknikal bekas ahli pasukan Ferrari, Enrico Cardile.
Aston Martin menamatkan musim lalu di tempat ketujuh dan sudah memulakan kempen kali ini dengan cabaran awal apabila kereta baharu mereka – walaupun menarik dari segi visual – tiba lewat di sesi “shakedown” di Barcelona baru-baru ini.
Musim Formula One 2026 akan bermula di Australia pada 8 Mac.