fb fb fb fb fb

Penyelaras pentas unit reka bentuk RTM, Khairul Anuar meninggal dunia

Penyelaras pentas unit reka bentuk RTM Khairul Anuar Kasim yang menderita Gluteal Tumor tahap empat sejak September lalu

KUALA LUMPUR, 21 Januari - Kakitangan Jabatan Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Khairul Anuar Kasim yang menderita Gluteal Tumor tahap empat meninggal dunia, pada usia 56 tahun.

Allahyarham yang dikenali sebagai Anuar Minang dalam kalangan kenalannya dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Seremban pada 6.30 petang, Sabtu.

Berita kematian penyelaras pentas unit reka bentuk RTM itu dikongsikan oleh anak perempuannya.

Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Seremban dan dikebumikan pada pukul 9.30 pagi Ahad di Tanah Perkuburan Jalan Kuala Pilah-Seremban.

Allahyarham sebelum ini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar telah menjalani pembedahan bisul di bahagian pinggul dua kali sebelum didiagnosis dengan penyakit itu pada September lalu.

Sebelum ini, Kelab Sukan dan Kebajikan (KKS) RTM dan seluruh warga RTM menyalurkan bantuan menerusi kutipan derma kilat untuk membantu kos rawatan arwah.

Pada Jumaat, Kementerian Komunikasi dan Bernama turut memberi bantuan kepada arwah melalui Inisiatif Tabung Kasih@HAWANA.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan.

GRACE AISYAH KEDAYAN