fb fb fb fb fb

Penubuhan CDERT KELANTANfm, siap siaga hadapi monsun timur laut

KOTA BHARU, 17 Ogos - Pelbagai inisiatif dilakukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan bagi menghadapi musim monsun timur laut di negeri itu.

Antaranya dengan mengadakan kerjasama bersama RTM Kelantan bagi menubuhkan Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) KELANTANfm.

Pengarah APM Kelantan , Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata penubuhan CDERT KELANTANfm bertujuan bagi memberi liputan sahih berkenaan bencana yang berlaku di negeri itu selain menjadi barisan hadapan jika berlaku kecemasan di dalam jabatan berkenaan.

(Pengarah APM Kelantan, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab)

"Kerjasama ini akan diteruskan untuk memastikan berita atau maklumat daripada lapangan disampaikan terus melalui jawatankuasa tertentu disampaikan kepada pihak pihak RTM dan RTM akan sampaikan kepada orang awam," katanya kepada RTM selepas majlis Pelancaran Rasmi Logo CDERT KELANTANfm di Auditorium Titian Murni, di sini.

Dalam pada itu, Pengarah RTM Kelantan, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA), Wan Azhan Wan Hamat berkata RTM Kelantan akan mengorak langkah bagi menjalin kerjasama padu dan erat demi kebaikan kedua dua jabatan.

(Pengarah RTM Kelantan, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA), Wan Azhan Wan Hamat)

"Saya percaya perkara ini dapat memberikan situasi menang menang yang mana seperti biasa kita tahu Kelantan setiap hujung tahun akan ada kejadian banjir dan ini yang perlu diwujudkan kerjasama," katanya.

Media Baharu