fb fb fb fb fb

Pentaksiran Bilik Darjah, nilai potensi murid

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Meskipun Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan, penilaian penguasaan dan pencapaian murid diukur melalui pentaksiran secara sumatif dan dijalankan pada akhir tahun.

Malah, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ujian akhir sesi akademik bagi murid Tingkatan 1 hingga 3 telah ditambah baik melalui penyediaan soalan yang setara dengan pencapaian pelajar seluruh negara.

"Pelaporan ini bukan untuk tujuan perbandingan pencapaian antara murid atau sekolah, guru juga boleh menggunakan maklumat diperoleh daripada pelaporan pentaksiran sumatif tersebut untuk merancang dan melaksanakan strategi yang lebih konstruktif dan bermakna bagi menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran, ini seterusnya membantu meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka,"katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Jelas beliau, pentaksiran yang bersifat holistik dan berterusan melalui Pentaksiran Bilik Darjah merupakan pendekatan terbaik bagi mengoptimumkan potensi murid secara menyeluruh.


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin)

Media Baharu