fb fb fb fb fb

Penjawat awam Kelantan terima bonus RM1,500

KOTA BAHRU, 30 November - Lebih 2,000 penjawat awam negeri ini akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 pada awal Januari depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pelaksanaan tersebut melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM13 juta.

Katanya, bantuan khas itu sebagai menghargai kesungguhan dan komitmen kakitangan awam di negeri itu.

"Memandangkan prestasi kewangan kerajaan negeri memberangsangkan dan kita mencatatkan belanjawan lebihan selama lima tahun berturut-turut, sudah sampai masanya kita menghargai penjawat awam yang bekerja bersungguh-sungguh.

"Kita bersetuju memberi bantuan khas kepada penjawat awam RM1,500. Bantuan khas ini paling tinggi direkodkan untuk penjawat awam negeri," katanya.

Perkara itu diumumkan oleh beliau semasa mengakhiri Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kelima Dewan Negeri Kelantan Ke-14 Tahun 2022 hari ini.

Media Baharu