fb fb fb fb fb

Peniaga disaran terapkan nilai ikhlas, ihsan dalam perniagaan

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UITM, Dr. Azri Bhari

KUALA LUMPUR, 17 Mac - Peniaga khususnya yang berniaga di bulan Ramadan, diingatkan agar menerapkan sikap Ikhlas dan Ihsan dalam perniagaan.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UITM, Dr. Azri Bhari berkata selari dengan elemen itu, makanan yang dijual perlu dipastikan bersih, berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pelanggan.

"Dalam konteks Ramadan ini, kita kena kasih dan sayang juga pada orang, kepada pelanggan kita ini. Bila berjual, maka pastikan jualan itu adalah yang berkualiti sebagaimana yang kita mahu pada diri kita dan juga pada masa yang sama kepada pelanggan tersebut," katanya.

Ditemui selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini, Dr. Azri turut menasihatkan umat Islam agar bersikap wasatiyyah dalam perbelanjaan sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Ini katanya bagi mengelakkan dari melakukan pembaziran seperti ditegah dalam agama.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN