fb fb fb fb fb

Peniaga dinasihat jangan ambil kesempatan harga di bazar Ramadan

FOTO FAIL

GUNUNG SEMANGGOL, 15 Mac- Berikutan jangkaan permintaan tinggi makanan berasaskan ayam sempena Ramadan, bulan depan, para peniaga diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga makanan di bazar makanan.

Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria, berkata,peningkatan permintaan makanan berasaskan ayam sememangnya menjadi kebiasaan terutama semasa Ramadan dan menjelang musim perayaan.

"Peniaga-peniaga jangan ambil kesempatan, itu yang kita minta terutama disebabkan permintaan ataupun keperluan rakyat untuk mengguna ayam ini jangan menggunakan alasan kos tinggi.

"Maka janganlah beralasan kos naik, pengguna yang terpaksa menanggung setiap kali alsan sebegitu, kita tak mahu," katanya.
semasa menghadiri program Back To School 2022 di Gunung Semanggol, Perak.

(Razman Zakaria, akui permintaan makanan berasaskan ayam meningkat semasa Ramadan dan menjelang musim perayaan)

Justeru katanya, adalah tidak relevan sekiranya peniaga memberi alasan kenaikan harga makanan berasaskan ayam disebabkan ayam mentah atau bekalan lain yang mahal.

Jumaat lalu, Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE) menjangkakan berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijual di bazar Ramadan di negeri itu bulan hadapan yang turut diakui peniaga di Pulau Pinang.

Media Baharu