KUALA LUMPUR, 9 Jun- Satu pengubah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah gereja katolik di Kepong, terbakar pada pukul 7.00 malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bergegas ke lokasi kejadian, sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.14 malam.
Komander Operasi Kanan PKPgB, Mohd Azhar Harun menerusi kenyataan berkata, setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati api marak di lokasi kebakaran melibatkan pengubah pencawang milik TNB.
Pasukan operasi melibatkan seramai 13 orang daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang yang dibantu anggota dari BBP Menjalara.
Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 10.21 malam.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.