fb fb fb fb fb

Penguatkuasaaan Larangan Ahli Parlimen Tukar Parti bermula esok

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti berkuat kuasa esok.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, akta berkenaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September lepas.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga telah perkenan tarikh kuat kuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (NO. 3) 2022 pada 5 Oktober 2022 selaras dengan Seksyen 1(2) dan Seksyen 1(3) Akta A1663.

Jadi, barang siapa ahli-ahli Dewan Rakyat bertukar parti sekarang terlaksanalah undang-undang ini, dia akan jatuh keahlian dia," kata Wan Junaidi di Parlimen hari ini.

Tambah beliau, surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyusul kepada semua kerajaan negeri bagi menyelaras dan mengguna pakai pindaan di negeri masing-masing.

Pada 28 Julai lalu, Akta diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat, manakala 209 ahli Dewan Negara pada 9 Ogos, serta 52 sokongan Senator.


(Foto Fail)

Media Baharu