fb fb fb fb fb

Pengguaan jentera berkualiti tinggi, mampu jimatkan kos dan hasil produk bermutu


KUALA LUMPUR, 4 Februari - Pengusaha dalam bidang komersial dan industri disaran menggunakan jentera yang lebih berkualiti tinggi, dari segi pengeluaran dan penjanaan elektrik yang lebih baik.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Abdul Halim Husin, cadangan itu bagi menjimatkan bil elektrik, sekali gus dapat mengurangkan kos operasi premis dan penghasilan produk yang bermutu tinggi.

"Bagi pengguna bukan domestik terutamanya pengilang-pengilang, kita mencadangkan kepada mereka supaya menggunakan jentera bertaraf 5A, atau lima bintang dimana ia dapat mengurangkan tenaga elektrik dan menjadi pengeluar yang lebih efisyen," kata Abdul Halim disini.

Pihaknya turut menyokong usaha kerajaan dalam menggunakan tenaga boleh baharu bagi memenuhi komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun lalu, berlaku peningkatan dalam kos bahan api dan kos penjanaan lain sebanyak RM1.67 bilion.

Ia ekoran kenaikan harga arang batu dipasaran.

 

Media Baharu