ALOR SETAR, 4 Februari- Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menasihati pengguna media sosial yang menjadikan platform tersebut sebagai tempat melepaskan amarah dan memperlekehkan orang lain terutama golongan agamawan.
Beliau berpendapat, tidak salah memberi pandangan tapi harus tahu batasnya.
Menurut beliau, nilai diri seseorang itu akan lebih mulia di sisi tuhan jika mengamalkan sikap bersederhana, menegur serta memberi komen secara berhemah.
Beliau mengulas sikap segelintir netizen yang sering mengkritik agamawan dan ulama secara terbuka di media sosial.
Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Zakat Ayam Bismi dan Majlis Perasmian Rumah Makan Percuma di Simpang Empat, Alor Setar.