fb fb fb fb fb

Penggiat industri pelancongan sedia jadi sukarelawan pusat sehenti pemeriksaan COVID-19

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 8 Januari - Pihak industri pelancongan sedia menjadi sukarelawan sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan pusat sehenti pemeriksaan kesihatan COVID-19 di lapangan terbang seluruh negara bagi pelancong luar negara.

Menerusi pusat sehenti 24 jam itu, penggiat industri akan membantu menjelaskan dan memudahkan proses Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan ditetapkan kerajaan kelak.

Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berharap pihak KKM juga menyediakan SOP yang jelas dan teliti untuk memudahkan semua pihak terlibat.


(Presiden Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis)

"Harapan kami di industri pelancongan supaya segala SOP KKM diberi dengan keterangan jelas dan yang terang supaya tiada kekeliruan oleh penggiat industri dan juga 'frontliners' di kaunter lapangan terbang seluruh dunia terutama di negara China, kami risau jika ada kekeliruan dan 'miscommunication' di lapangan terbang akan memburukkan pengalaman pelancong yang datang ke Malaysia," jelas beliau.

Uzaidi turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri yang akan mengawal rapi kemasukan pelancong asing.

Beliau turut menyatakan pelancong yang hadir ke Malaysia perlu menggunakan ejen pelancongan berdaftar untuk memudahkan kordinasi sekali gus memberi pengalaman baik kepada pelancong asing.

Media Baharu