fb fb fb fb fb

Pengekalan tarif elektrik bantu pengguna tangani kos sara hidup

PADANG TERAP, 1 Februari - Masyarakat luar bandar khususnya penoreh getah di Padang Terap, Kedah lega dengan keputusan kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik semasa hingga 31 Disember 2024.

Keputusan itu disifatkan langkah terbaik dan tepat dalam membantu meringankan beban rakyat yang kini berdepan pelbagai cabaran dan dugaan hidup kesan penularan pandemik COVID-19.

"Merupakan suatu keputusan terbaik untuk rakyat yang mana sedang mengalami kehidupan dan kos sara hidup yang mencabar.

"Ketika ini kita rasa bahawa suatu keputusan yang tepatlah daripada kerajaan untuk membuat keputusan tidak menaikkan tarif tersebut," kata penduduk Padang Terap, Sulaiman Che Endut

"Kerajaan hari ini memandang berat kepada rakyat, itulah prihatin kerajaan terhadap rakyat.

"Sebagai rakyat kita bersyukur kerana buat keputusan tidak naikkan tarif elektrik," kata Ramli Abd Karim seorang penoreh getah.

"Saya rasa rata-rata rakyat bersyukurlah dengan tarif elektrik yang ada dan tidak dinaikkan. Lagipun kalau kita tengok dalam keadaan ekonomi sekarang ni kan rakyat masih lagi dalam keadaan susah," kata seorang lagi penduduk, Abd Rasyid Othman.

Semantara itu, Pengerusi RISDA Fleet Sdn Bhd, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan tarif elektrik memberi makna yang amat besar kepada kehidupan rakyat.

"Bukan sahaja melibatkan penoreh getah tapi melibatkan juga peniaga kecil yang berada di luar bandar.

"Jadi dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini sikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat luar bandar dan mereka boleh merancang dan merancang apa yang telah diputuskan oleh kerajaan untuk mereka terus memberi fokus kepada pendidikan, anak sekolah dan juga keperluan barangan dapur dan sebagainya," katanya.

Suruhanjaya Tenaga memaklumkan keputusan pengekalan tarif elektrik dibuat meskipun berlaku peningkatan kos bahan bakar dan kos penjanaan lain, sebanyak RM1.67bilion dari 1 Julai hingga 31 Disember tahun lalu, akibat kenaikan harga arang batu yang tinggi.

Bagi mengekalkan kadar tarif berkenaan, kerajaan memperuntuk dana sebanyak RM715 juta untuk menanggung kos berkaitan.

 

Media Baharu