fb fb fb fb fb

Pengekalan kadar OPR selari indikator ekonomi semasa

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 2 NOVEMBER- Keputusan Bank Negara (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dilihat selari indikator ekonomi semasa.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan menangkis pandangan nilai Ringgit berpotensi meningkat berbanding Dolar Amerika sekiranya OPR dinaikkan, mengambil kira pertumbuhan turut dipacu permintaan domestik.

Beliau juga yakin keputusan tersebut mampu memberi ruang bernafas khususnya kepada isi rumah dengan kadar keberhutangan yang tinggi.

“Kalau kita menaikkan OPR hanya kerana untuk mengukuhkan nilai Ringgit, nilai Dolar AS hanya pihak tertentu terlibat seperti pengimport, pengeksport dan pelancong. Oleh kerana kita memikirkan untuk menolong kebanyakan rakyat, lagipun hasrat OPR menurunkan inflasi itu telah tercapai", katanya.

Beliau ditemui media selepas menjadi panel Forum Belanjawan 2024 anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Digital dan Penerangan UMNO yang berlangsung di ibu negara.

ROSLINA BINTI DIN