
GUA MUSANG, 10 Jun – Seorang pendulang emas ditemukan meninggal dunia ketika berada di dalam sungai di kawasan Sungai Ulu Galas, Kampung Pulai, Gua Musang, Kelantan, pada Selasa.
- Mangsa Mohamad Tarmizi Darwis, 35, ditemukan meniarap di dalam sungai oleh rakannya kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
- Isterinya berkata suami keluar bersendirian ke hutan sekitar pukul 6 petang walaupun dinasihatkan supaya tidak pergi.
- Dia bekerja sebagai pendulang emas lebih 15 tahun untuk menyara keluarga lima anak berumur dua hingga 15 tahun.
- Ketua Polis mengesahkan kejadian; siasatan lanjut dijalankan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi.
Mangsa, Mohamad Tarmizi Darwis, 35, ditemukan dalam keadaan meniarap di dalam sungai oleh rakannya kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi.
Isteri mangsa, Nur Shafiqa Hani Mohd Zuki berkata, suaminya keluar bersendirian ke hutan sekitar pukul 6 petang walaupun telah dinasihatkan supaya tidak pergi kerana waktu sudah lewat.
“Suami saya bekerja sebagai pendulang emas sejak lebih 15 tahun lalu bagi menyara keluarga mereka yang mempunyai lima orang anak berusia antara dua hingga 15 tahun.
“Saya memang serabut memikirkan banyak perkara, termasuk urusan kedai yang perlu dibayar. Malah, malam sebelum kejadian, anak saya bermimpi melihat papanya lemas.
“Kakaknya juga pernah beberapa kali bermimpi perkara yang sama. Saya langsung tidak menyangka perkara seperti ini benar-benar akan berlaku,” katanya ketika ditemui RTM.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.