fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir Sarawak meningkat 1,497 orang

Foto BERNAMA

SARAWAK, 3 Mac- Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan kepada 1,497 individu daripada 392 keluarga, setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS), turut bertambah kepada 12 berbanding lapan, semalam.

"Tiga PPS yang menempatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi ialah di Kuching, iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 individu, diikuti Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua Sungai Tengah (286) dan Dewan Masyarakat Stapok (238).

"Ketika ini, kesemua PPS yang menempatkan penduduk terjejas banjir meliputi beberapa kawasan di selatan Sarawak iaitu Kuching, Lundu, Bau, Serian dan Siburan," menurut kenyataan itu.

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM