fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Sabah terus meningkat petang ini

Penduduk terjejas banjir berada di PPS Dewan Sri Putatan/ Foto: FB APM Sabah

KOTA KINABALU, 2 Julai- Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah terus meningkat kepada 481 orang daripada 147 keluarga petang ini di empat pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 464 mangsa daripada 140 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Kebudayaan Penampang menunjukkan peningkatan jumlah penduduk terjejas iaitu 296 orang daripada 97 keluarga berbanding 279 orang daripada 93 keluarga pada pagi.

“Jumlah penduduk terjejas di Dewan Sri Putatan pula kekal 138 orang namun jumlah keluarga meningkat kepada 37 keluarga berbanding 34 keluarga kerana Jabatan Kebajikan Am Daerah Putatan memecahkan kiraan jumlah keluarga yang tinggal dalam sebuah rumah,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jumlah penduduk terjejas di dua PPS di Tuaran juga kekal iaitu 29 orang daripada lapan keluarga berada di PPS Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh dan 18 orang daripada lima keluarga ditempatkan di PPS Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI