fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Melaka kembali meningkat

ALOR GAJAH, 15 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Melaka kembali meningkat seramai 73 orang daripada 23 keluarga di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, dua PPS dibuka di Alor Gajah iaitu Balai Raya Kampung Gadek dengan 12 penduduk daripada enam keluarga dan Dewan Japerun Durian Tunggal dengan 45 penduduk daripada 12 keluarga.


(Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Melaka kembali meningkat seramai 73 orang
daripada 23 keluarga di tiga PPS) 

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Pengkalan serta Kampung Panchor.

Sementara itu, satu PPS dibuka di Melaka Tengah iaitu Japerun Kesidang dengan 16 penduduk daripada lima keluarga dan kawasan yang terjejas ialah Taman Tamby Chik Karim.

Media Baharu