Penduduk terjejas banjir di Kelantan terus meningkat kepada 8,219 orang

KOTA BHARU, 23 November – Penduduk terjejas banjir di Kelantan terus meningkat kepada 8,219 orang setakat pukul 11 malam berbanding 7,872 orang sehingga pukul 8 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk terjejas kini berlindung di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.
  • Jumlah keluarga terjejas dilaporkan seramai 3,008 keluarga.
  • Tumpat mencatatkan bilangan mangsa tertinggi berbanding daerah lain.
  • Kota Bharu dan Bachok turut mencatat jumlah penduduk terjejas yang besar.
  • Pasir Puteh merekodkan jumlah penduduk terjejas paling sedikit antara daerah.

Kesemua mereka membabitkan 3,008 keluarga itu kini berlindung di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.
 
Berdasarkan Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tumpat merekodkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 4,349 orang daripada 1,726 keluarga.
 
Manakala Kota Bharu merekodkan 2,262 penduduk terjejas daripada 783 keluarga diikuti Bachok 1,484 orang daripada 466 keluarga.
 
Selain itu, Pasir Puteh merekodkan 124 penduduk terjejas banjir daripada 33 keluarga.