fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kelantan berkurang

(Penduduk terjejas banjir di PPS SK Kedai Tanjong)

KELANTAN, 15 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurang kepada 2,090 orang pada sebelah petang berbanding 2,124 orang pagi tadi.

Cuaca baik di negeri itu sejak pagi sedikit sebanyak membantu proses pemulihan banjir.

Setakat jam 4.00 petang, Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sehingga kini lapan PPS masih beroperasi menempatkan 692 keluarga terjejas di jajahan Pasir Mas.

Kebanyakan mereka terdiri daripada penduduk yang tinggal di lembangan Sungai Golok selain penduduk terkesan akibat fenomena banjir termenung di beberapa buah kampung terutama sekitar Rantau Panjang.

PPS yang masih dibuka adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, PPS SK Gual Periok, PPS SK Kubang Kual, PPS SK Sri Kiambang, PPS Putat Tujoh, PPS Masjid Mukim Padang Licin, PPS SK Gual Sitok serta PPS SK Kedai Tanjong.

Sementara itu, paras bacaan air Sungai Golok di Rantau Panjang terus menurun kepada 9.04 meter namun kekal melepasi paras bahaya iaitu 9 meter.

(PPS SK Kedai Tanjong)

Media Baharu