fb fb fb fb fb

Pendekatan holistik diguna bagi projek rintis fasa 1 BMTKM

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Pendekatan holistik kini digunakan bagi projek rintis fasa 1 Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, sebelum ini pelaksanaan hanya melibatkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Kini, lebih banyak pihak tampil termasuk syarikat pencari kerja kecil dan besar. Ia bagi menyokong usaha kerajaan bagi menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed)

"Jadi sudah berjalan rintis ini. Rintis kerana kita dalam percubaan. Ini kali pertama kita ambil pendekatan bersepadu. Jadi kita akan belajar daripada kelemahan-kelemahan. Ada berapa kelemahan, umpamanya. Program ini tertumpu untuk meningkatkan pendapatan", katanya dalam sesi soal jawab Dewan Negara.

Tambah beliau, sebanyak 80 lokaliti kini terpilih untuk projek rintis BMTKM yang melibatkan 10 lokaliti masing-masing bagi Sabah dan Sarawak.

Sehingga 31 Julai, bilangan miskin tegar di negara ini ialah 136,923 keluarga, manakala miskin sebanyak 308,699 keluarga.

Media Baharu