fb fb fb fb fb

Pendaftaran perkahwinan sivil Menteri Dalam Negeri berlandaskan Akta 164

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

BANGI, 26 Oktober- Sesi pendaftaran perkahwinan sivil dilakukan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail adalah berlandaskan undang-undang sivil di bawah Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Semasa pendaftaran perkahwinan yang tular baru-baru ini, ia tidak melibatkan unsur agama dan juga ritual keagamaan.

"Apa yang berlaku adalah tidak melibatkan unsur agama itu memang berlaku dalam proses pendaftaran, akad nikah yang sebenarnya berlaku sama ada dia beragama hindu di kuil.

"Kalau dia beragama kristian di gereja-gereja mereka, maknanya mereka ini telah diakad nikah tetapi proses pendaftaranya seperti yang ditetapkan bawah law reform marriage and divorce act, akta pembaharuan perkahwinan itu kaedah seperti yang kita nampak berlaku," katanya selepas merasmikan Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Menurut Mohd Na'im, orang Islam tidak boleh mengahwinkan pasangan bukan Islam kerana menyalahi hukum tetapi boleh membantu mendaftarkan perkahwinan tersebut kerana tidak melibatkan unsur agama di dalamnya.

Baru-baru ini tular video berkenaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution membantu pendaftaran perkahwinan bukan Islam pada Upacara Perkahwinan Sivil yang diadakan sempena Majlis Sambutan Jubli Intan 75 Tahun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri adalah menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang mana membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam berdasarkan Akta 164.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI