fb fb fb fb fb

Kerajaan tawar tender terbuka - Ahmad Maslan

Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kerajaan akan meneruskan penawaran tender terbuka pra-kelayakan terpilih supaya projek-projek penting untuk kesejahteraan rakyat dapat disegerakan kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan. 

Bagaimanapun, Ahmad berkata penapisan terhadap syarikat yang terlibat harus diteliti terlebih dahulu supaya ia boleh dilaksanakan tanpa masalah. 

"Masih lagi tender terbuka... Tetapi dipanggil tender terbuka pra kelayakan terpilih ada kaedahnya bagaimana ia boleh dilaksanakan agar projek penting boleh disegerakan.

"kita harap penapisan syarikat-syarikat itu hendaklah lebih teliti untuk projek seterusnya tanpa masalah.. Kita perlu belajar daripada projek Pan Borneo Sarawak yang kelihatan sedikit sahaja masalah dan dapat dilaksanakan dengan awal dan cekap," katanya ketika menjawab soalan ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai kaedah baharu yang akan diguna pakai dalam projek-projek pembinaan akan datang.

Terdahulu, beliau memaklumkan keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) terdiri daripada 35 pakej dengan 15 pakej sedang dalam pembinaan. 

Kaedah pelaksanaan baki projek LPB Sabah adalah secara tender terbuka dan bagi menjamin mutu kualiti projek berkenaan.

Kerajaan juga akan memastikan kontraktor yang dilantik berkemampuan dan berkeupayaan melalui garis pemilihan kontraktor yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI