fb fb fb fb fb

Penaja FFM ke-33 ditawar insentif pemotongan cukai

Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, 20 Ogos- Pihak Penaja yang berminat bagi menjayakan Festival Filem Malaysia (FMM) ke-33 ditawarkan insentif pemotongan cukai sehingga RM5 juta.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, perkara itu tanda menghargai dan mengangkat martabat karya seni perfileman tempatan.

"Memang kami mengalu-alukan tajaan daripada penaja-penaja korporat dan strategik. Saya rasa ini merupakan tanda yang sangat positif.

"Jadi kami harap dengan potongan cukai yang ditawarkan, maka kita bolehlah dapat lebih banyak tajaan dan penaja strategik. Ia untuk turut datang DAN menyertai dalam program ini untuk meraikan kejayaan penggiat seni kita," katanya.

Beliau menyempurnakan Sidang Media Pertama FMM ke-33 di ibu negara.

FMM ke-33 kali ini, bertemakan Evolusi Sinema Malaysia (EMAS) Anjuran FINAS turut mendapat kerjasama Kementerian Komunikasi, manakala Radio Televisyen Malaysia (RTM) dipilih sebagai rakan penyiar rasmi malam anugerah tersebut

Sebanyak 30 kategori anugerah dipertandingkan dengan mengembalikan semula kategori bagi Anugerah Filem Dokumentari Terbaik yang dihentikan sejak lima tahun lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI