fb fb fb fb fb

Pemilik premis perlu semak status risiko MySejahtera pengunjung -Khairy

(Pemilik premis terutamanya premis kedai-kedai runcit, kedai-kedai biasa dan kedai makan
disarankan untuk menyemak status pengunjung ke premis mereka/FOTO FAIL BERNAMA)


KUALA LUMPUR, 29 April- Satu sesi libat urus bersama persatuan perniagaan dan peruncit telah diadakan secara maya bagi membincangkan pelaksanaan protokol baharu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata,walaupun daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan mulai 1 Mei, namun pengunjung masih perlu menggunakan aplikasi itu untuk menunjukkan status risiko mereka sebelum masuk ke premis.

“Kita tidak lagi perlu imbas kod QR MySejahtera tetapi ia masih lagi perlu untuk kita tunjuk status kita sama ada ‘low risk’ atau ‘high risk sebelum kita masuk ke mana-mana premis,”

"Pemilik premis terutamanya premis kedai-kedai runcit, kedai-kedai biasa dan kedai makan disarankan untuk menyemak status pengunjung ke premis mereka.

"Dan saya telah minta bagi premis berisiko tinggi contoh restoran, sebab kalau kita pergi restoran kita kena buka pelitup muka.,"katanya.

Beliau berkata, terdapat sebilangan pemilik perniagaan membantah langkah kerajaan yang mahu mereka menyemak status risiko pengunjung di aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan perjanjian kerjasama antara KKM dengan Inisiatif Ubat Untuk Penyakit Yang Diabaikan (DNDi) di Kuala Lumpur.

Rabu lalu, ketika mengumumkan perkara itu, Khairy berkata, pemilik premis perlu menyemak status risiko pengunjung di aplikasi MySejahtera dan tidak membenarkan individu dengan status “high risk” iaitu kes positif Covid-19 dan berada dalam tempoh kuarantin daripada memasuki premis.

Mengenai kelonggaran imbasan kod QR MySejahtera, beliau berkata, KKM bersama persatuan peniaga dan peruncit bersetuju tanggungjawab untuk memastikan ekosistem perniagaan selamat daripada penularan jangkitan COVID-19 tidak hanya terletak pada kerajaan dan pemilik perniagaan, tetapi ia termasuk pengunjung.

"dan saya minta kepada orang ramai beri kerjasama supaya pemilik premis supaya check profile ini, bagilah kerjasama.

Katanya, keputusan dicapai menerusi sesi libat urus secara maya hari ini, selari dengan pemerkasaan tanggungjawab individu serta solidariti komuniti dalam memastikan Fasa Peralihan ke Endemik berjalan lancar dan selamat.

Sehubungan itu, beliau berkata, individu yang ingin mengunjungi premis perniagaan bertanggungjawab memastikan mereka bukanlah kes positif COVID-19 mahu pun dalam perintah pengawasan dan pemantauan.

(Pengunjung turut memainkan tanggungjawab untuk memastikan ekosistem
perniagaan selamat daripada penularan jangkitan COVID-19/FOTO HIASAN BERNAMA)

"Prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan individu disahkan positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan mengikut tempoh ditetapkan sama ada di kediaman (kategori 1 dan 2), di PKRC atau di hospital (kategori 3,4 dan 5).

"Individu diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) pula perlu dikuarantin di pusat kuarantin sehingga tamat tempoh kuarantin ditetapkan.

"Pemilik premis disarankan untuk menyemak status risiko pengunjung, terutama di tempat berisiko tinggi seperti di restoran di mana pelitup muka dibuka ketika makan, selain pihak majikan perlu pastikan mana-mana pekerja positif COVID-19 atau diberikan arahan HSO tidak memasuki premis kerja," katanya.

Khairy berkata, pemilik premis atau anggota penguat kuasa boleh membuat semakan secara rawak ke atas status risiko COVID-19 pengunjung di aplikasi MySejahtera, selain orang ramai perlu memberi kerjasama dan bertanggungjawab demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Katanya, tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan, selain mendatangkan risiko kepada orang ramai, jika status pengunjung berkenaan didapati berisiko tinggi.

"Saya sekali lagi ingin mengingatkan kelonggaran diberikan kerajaan ini bukan bermakna kita menang dalam peperangan melawan COVID-19 dan kita mesti bertanggungjawab untuk pastikan ia tidak berakhir dengan kemudaratan.

"Lakukan ujian kendiri jika bergejala dan tangguhkan perancangan mengunjungi kompleks membeli-belah, kedai makan atau aktiviti berkunjung mahu pun ziarah semasa berhari raya untuk pastikan orang di sekeliling kita, terutama yang berisiko tinggi, terlindung daripada jangkitan COVID-19 teruk," katanya.


Media Baharu