SHAH ALAM, 12 Jun- Pembinaan rumah penjawat awam baharu dan membaiki rumah rosak, akan menjadi fokus kerajaan tahun hadapan.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pelaksanaannya akan dimulakan selepas isu tandas dan kemudahan asas di sekolah selesai.
"Saya fikir lebih baik daripada membazir hal-hal yang lain, sebab itu saya kata, kita tegaskan hasil pun bertambah...dan hasil ini digunakan terutama untuk membela rakyat miskin.
"Baiki sekolah anak-anak kita, klinik-klinik desa, perubatan supaya keluarga kita, ibu bapa kita diberi layanan setimpal yang baik...ini termasuk perumahan penjawat awam," katanya.
(Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Bernama)
Beliau berkata demikian dalam ucapan bersempena Majlis Amanat Khas Perdana Menteri, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.