Pembinaan Masjid Warisan bakal diteruskan seperti dirancang

Foto BERNAMA 

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Projek pembinaan Masjid Warisan di Jalan Davis berhadapan Menara Tun Razak Exchange (TRX) akan diteruskan seperti dirancang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Masjid dianggap institusi penting, pusat perkembangan tamadun dan agen penyebaran syiar Islam yang mewujudkan keharmonian semua.
  • Dr. Zulkifli menghadiri Majlis Penyampaian Amanat dan Watikah Pelantikan AJK Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan sesi 2026–2029.
  • Sebanyak 2,914 calon AJK terpilih selepas tapisan PDRM, SPRM dan Jabatan Insolvensi; 386 AJK Belia dan Beliawanis dilantik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menegaskan, masjid merupakan institusi penting dan pusat perkembangan tamadun masyarakat selain berperanan sebagai menyebarluas syiar Islam.

“Kita akan teruskan memandangkan perancangannya sudah lama. Dan kita berharap dapat melaksanakannya. Kita ingin maklumkan bahawa masjid adalah institusi yang mewujudkan keharmonian kepada semua,” katanya.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Penyampaian Amanat dan Watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah-Wilayah Persekutuan Sesi 2026–2029 di ibu negara.

Daripada 3,010 orang jumlah keseluruhan pencalonan melibatkan 91 buah masjid dan 124 buah surau Jumaat, seramai 2,914 calon dipilih dan telah melalui proses tapisan keutuhan yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

Manakala 386 orang calon AJK Belia dan AJK Beliawanis dilantik sebagai usaha berterusan memakmurkan masjid daripada kalangan anak muda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.