Pembatalan lesen eksport : Malaysia hantar notis tuntutan rasmi melebihi RM1 bilion

Isu pembatalan menimbulkan ‘masalah’ kepercayaan terhadap komitmen antarabangsa

LUMUT, 19 Mei – Notis tuntutan rasmi melebihi RM1 bilion telah dihantar kepada syarikat Kongsberg Defence & Aerospace di Norway, susulan pembatalan lesen eksport misil antikapal dan serangan darat (NSM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembatalan menimbulkan masalah kepercayaan terhadap komitmen antarabangsa kerana keyakinan kepada keseluruhan sistem boleh terhakis.
  • Kementerian Pertahanan akan lebih berhati-hati dalam urusan perolehan bagi mengelakkan pembatalan sehala pada masa hadapan.
  • Perlu memperkukuh pembangunan industri pertahanan tempatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, notis tututan itu dihantar, walaupun Malaysia telah membuat bayaran sebanyak RM583 juta ringgit daripada nilai keseluruhan berjumlah RM634.7 juta.

“Isu pembatalan itu telah menimbulkan ‘masalah’ kepercayaan terhadap komitmen antarabangsa. Apabila komitmen boleh dibatalkan melalui satu pihak sahaja, maka keyakinan kepada keseluruhan sistem akan terhakis.

“Justeru, Kementerian Pertahanan akan lebih berhati-hati dalam urusan perolehan pada masa hadapan, selain terdapat keperluan memperkukuh pembangunan industri pertahanan tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal luar,”katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS) di Pangkalan TLDM Lumut.

Beliau turut memaklumkan, kemajuan pembinaan kapal LCS berada pada tahap memuaskan setelah mencapai kemajuan fizikal keseluruhan sebanyak 77.46 peratus bagi kesemua lima kapal setakat April lepas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.