fb fb fb fb fb

Pembangunan vaksin tempatan, kini masuki peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan

KUALA LUMPUR, 13 September- Pembangunan vaksin tempatan bawah Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) kini memasuki peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata kementerian akan memastikan pengeluaran vaksin mematuhi syarat pembuatan dan kehendak Amalan Pengilangan Baik (GMP).

"Kita mengambil maklum bahawa dua kaedah dapat digunakan, satu melalui teknologi transfer, daripada teknologi luar negara, yang kedua bangunkan platform kita sendiri.

"Platform yang kita bangunkan ialah melalui 'virus inactivated method' dan pakar-pakar kita di peringkat universiti seperti IMR membangunkan juga teknologi MRNA," katanya.

(Adham Baba)

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas Pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0, di sini pada Isnin.

Majlis dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kementerian juga katanya, sedang mempelbagaikan platform pembangunan vaksin bawah Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Kebangsaan.

Media Baharu