fb fb fb fb fb

Kerusi pembangkang kosong ketika sesi perbahasan LKAN 2021

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021 petang ini, tidak disertai ahli parlimen pembangkang apabila ke semua mereka mengosongkan tempat duduk masing-masing, ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Transformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul membahaskan LKAN itu.

Perkara itu dilihat berterusan sehingga ke sesi perbahasan. Susulan itu Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing mahu perkara tersebut direkodkan.

“Pertama saya memohon sesi perbahasan ini merekodkan ketidakhadiran ke semua ahli parlimen pembangkang pada sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara pada pukul 2.47 minit petang. Semua kerusi pembangkang kosong.

(Azalina ketika membentangkan usul perbahasan LKAN di Dewan Rakyat)

Ketika sesi pembentangan usul itu, Azalina berkata LKAN membangkitkan isu ketakteraturan serius dalam perakaunan, penjagaan wang awam atau simpanan awam serta pengurusan aktiviti kerajaan dan syarikat kerajaan yang memerlukan tindakan berkesan daripada kementerian, jabatan dan agensi diaudit.

Jelas Azalina menyedari akan cabaran yang dihadapi oleh Ketua Audit Negara dalam menjalankan mandat dan tanggungjawabnya, ia memerlukan perhatian serius daripada pihak berkaitan supaya isu yang dibangkitkan diberikan perhatian sewajarnya manakala syor-syor utama yang terkandung dalam LKAN dapat dilaksanakan dengan berkesan.

"Dalam Ketua Audit Negara melaksanakan mandatnya, Dewan yang mulia ini menyeru semua pihak bersatu hati dan menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor dalam LKAN dapat diambil tindakan dengan serius oleh pihak terbabit,” kata Azalina.

Untuk rekod LKAN itu telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Khamis, 16 Februari 2023 terdiri daripada, pertama LKAN Tahun 2021 Siri 2 mengenai aktiviti kementerian, Jabatan Kerajaan Persekutuan dan badan-badan berkanun persekutuan, ke dua LKAN Tahun 2021 mengenai pengauditan, pematuhan kementerian dan jabatan persekutan dan ke tiga LKAN Tahun 2021 Siri 2 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.

Setakat 4.30 petang dan berdasarkan kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong tiada seorang pun ahli parlimen pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN
Bentang dan bahas LKAN di parlimen atas kepentingan awam - Johari

Media Baharu