fb fb fb fb fb

Pembaikan eskalator, lif di stesen LRT , MRT, monorel dijangka selesai akhir tahun ini

(Pembaikan lif dan eskalator tertakluk kepada penerimaan dan penghantaran alat ganti dari pihak
pengilang asal (OEM) di Shanghai, China yang akan dilakukan secara berperingkat)

KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Kerja-kerja pembaikan kerosakan eskalator dan lif di beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel dijangka dapat diselesaikan akhir tahun ini.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata setakat semalam, sejumlah 22 daripada 362 unit lif dan 49 daripada 707 eskalator tidak berfungsi.

Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan, pembaikan lif dan eskalator tertakluk kepada penerimaan dan penghantaran alat ganti dari pihak pengilang asal (OEM) di Shanghai, China yang akan dilakukan secara berperingkat.

Rapid Rail dalam kenyataannya sama turut memaklumkan, penerimaan kumpulan pertama dijangka pada bulan ini, diikuti kumpulan kedua pada pertengahan November; manakala kumpulan ketiga pada minggu keempat November yang melibatkan jumlah keseluruhan 87 unit handrails dan 37 unit step chain.

(Kerja-kerja pembaikan kerosakan eskalator dan lif di beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT),
Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel dijangka dapat diselesaikan akhir tahun ini)

Syarikat itu menjelaskan sebagai langkah jangka panjang, pihaknya telah melaksanakan program Condition Based Maintenance (CBM) iaitu proses mengganti komponen yang dinilai akan rosak atau kerap bermasalah akan terus dijalankan tanpa menunggu jangka hayat tamat.

Setakat ini, berdasarkan program itu, Rapid Rail juga telah menempah 192 unit handrails dan 22 unit step chains merangkumi kesemua laluan rel.

Media Baharu