PUTRAJAYA, 1 Mei- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) tidak terlibat secara langsung dalam pemantauan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil, Kuala Kubu Baharu.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata tindakan akan diambil berdasarkan aduan yang diterima melalui platform MCMC.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan mengambil tindakan secara profesional berlandaskan undang-undang berdasarkan laporan yang telah dibuat kepada MCMC.
"...dan laporan ini bukan sekadar tag MCMC, tag saya, dia mesti buat laporan yang betul dan setelah laporan di buat dalam laman web MCMC atau pun melalui whatsapp MCMC", katanya.
Tegas beliau, keputusan untuk menurun atau memadamkan sebarang kandungan terletak pada platform media sosial itu sendiri.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pembukaan Pejabat Pakatan Harapan di Putrajaya.