fb fb fb fb fb

PEMANGKIN libat 9 sektor tumpuan, tingkat daya saing negara

(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (tengah) bersama Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh (depan, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz (depan, kanan) bergambar pada Majlis Pengumuman PEMANGKIN/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 17 April- Sembilan sektor diberi tumpuan khusus menerusi Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN), bertujuan meningkatkan daya saing negara dalam ekonomi digital.

Inisiatif oleh Kementerian Komunikasi dan Digital tersebut melibatkan pelaburan RM1 bilion yang berpotensi mewujudkan 49,000 peluang pekerjaan menjelang 2025.

Sembilan sektor digital dikenal pasti meliputi pelancongan, pertanian, perbandaran, kandungan, kewangan, perdagangan, perkhidmatan, kesihatan dan ekonomi Islam.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada 
Majlis Pengumuman PEMANGKIN/BERNAMA)

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata usaha tersebut berupaya memacu inovasi dalam kalangan pemain industri ke arah pengukuhan ekonomi negara secara keseluruhan.

"Dalam ekonomi digital terutamanya sembilan sektor ini, dengan memberi penumpuan dan keutamaan. Saya percaya fokus bukan hanya Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tetapi keseluruhan sektor awam dan swasta akan dapat meningkatkan tahap ekonomi", katanya dalam Sidang Media Pengumuman Program Mangkin Malaysia Digital di ibu negara.

Tambahnya, tiga geran digital di bawah PEMANGKIN akan diperkenal pada Mei bagi menyokong pertumbuhan ekosistem teknologi.

Tahun lalu, dua inisiatif awal telah diumum iaitu DE Rantau dan Digital Trade.

Media Baharu