fb fb fb fb fb

Pemandu lori maut, bergesel penghadang jalan

Mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu bergesel dengan konkrit penghadang jalan di sebelah kiri sejauh 534 meter sebelum terbabas ke bahu jalan.

GUA MUSANG, 8 November- Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan konkrit penghadang jalan di kilometer 81 Jalan Gua Musang-Lojing, Kelantan pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi, lori yang membawa muatan baja itu dalam perjalanan dari Perak menghala ke Lojing.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superitenden Sik Choon Foo dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 7.30 pagi.

Setiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu bergesel dengan konkrit penghadang jalan di sebelah kiri sejauh 534 meter sebelum terbabas ke bahu jalan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Ketika kejadian, mangsa bersama seorang kelindan lelaki berumur 18 tahun yang turut cedera ringan di kepala dan dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang ditalian 09-9121222 atau Pegawai Penyiasat 019-4742270.

ZEHRA BINTI ZAMBRI