- Kerajaan bercadang tubuhkan Pejabat Education Malaysia di Arab Saudi sebagai Pusat Penyelarasan Pendidikan rasmi.
- Pejabat itu akan menyelaras kerjasama akademik, biasiswa serta kebajikan pelajar kedua-dua negara.
- Malaysia akan mengemukakan nota verbal selepas cadangan dikemukakan kepada Duta Besar Arab Saudi.

KUALA LUMPUR, 25 November – Kerajaan bercadang menubuhkan pejabat Education Malaysia (E-M) di Arab Saudi sebagai Pusat Penyelarasan Pendidikan di negara itu.
Langkah itu bertujuan menyelaras kerjasama pendidikan, termasuk program akademik, biasiswa serta kebajikan pelajar kedua-dua negara.
“Bukan hanya pendidikan tinggi tetapi juga keseluruhan aspek pendidikan, perkara ini juga melibatkan kebajikan pelajar-pelajar kita yang belajar di sana, dan begitu juga dengan pelajar-pelajar negara berkenaan yang berada di negara kita. Jadi, hubungan dua hala kita laksanakan,biasanya kita letakkan di bawah kelolaan kedutaan kita”, katanya dalam sidang media di Parlimen.
Menurutnya lagi, cadangan itu diajukan kepada Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia, Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi dalam sesi kunjungan hormat hari ini.
Tambahnya, Malaysia akan mengemukakan nota verbal bagi tindakan lanjut.
Usaha itu juga antara komitmen kedua negara untuk memperkukuh kerjasama khususnya berkaitan institusi pendidikan tinggi.
Sebelum ini Malaysia mempunyai Jabatan Pelajar Malaysia Malaysian (MSD) di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan ASEAN.
Namun, tiada pusat penyelarasan pendidikan rasmi di Arab Saudi.
Justeru, penubuhan pejabat Education Malaysia akan menyelaras secara rasmi urusan berkaitan pendidikan Malaysia – Arab Saudi.