fb fb fb fb fb

Pegawai kanan ASEAN tiba di Kuala Lumpur bagi Sidang Kemuncak ke-46

Ketua Jabatan GCC Kementerian Luar Oman, Sheikh Ahmad Hashel Al Maskari (kanan) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menghadiri persidangan ASEAN 2025 / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Mei -Pegawai-pegawai kanan dari negara anggota ASEAN tiba di ibu negara bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Antara yang dijadual tiba hari ini ialah pegawai-pegawai kanan ASEAN, Duta Timor-Leste ke ASEAN, pegawai kanan dari negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), pegawai kanan China, Wakil Tetap ke ASEAN, serta Timbalan Setiausaha Agung bagi Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN.

Turut hadir ialah beberapa delegasi berprofil tinggi dari pelbagai negara rakan dialog.

Sidang kemuncak tahun ini mencatat sejarah penting dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kali kedua serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan.

Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM) dijadualkan berlangsung pada 23 Mei, diikuti dengan mesyuarat peringkat menteri pada 25 Mei, manakala mesyuarat para ketua kerajaan akan berlangsung mulai 26 Mei.

Ribuan delegasi dijangka menghadiri persidangan ini, dan langkah-langkah keselamatan yang ketat telah dilaksanakan di kawasan sekitar KLCC bagi memastikan kelancaran acara.

Satu majlis makan malam gala khas akan dihoskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan sebagai meraikan ketibaan para tetamu kehormat.

Manakala Majlis Santapan Diraja akan turut diadakan di Istana Negara sempena sidang kemuncak tersebut.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD