PDRM tegas, tiada kompromi anggota terlibat sindiket dadah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 MEI Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas bahawa tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam kegiatan jenayah, termasuk sindiket pengedaran dadah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Siasatan menyeluruh sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu atau kumpulan yang terlibat dalam dakwaan berkenaan.
  • Sidang media khas akan diadakan selepas siasatan lanjut dimuktamadkan untuk menjelaskan perkembangan kes.
  • Pihak polis tidak teragak-agak membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang jika berkaitan undang-undang keselamatan.
  • Dakwaan penglibatan seorang anggota polis dalam rangkaian pengedaran dadah di Pulau Langkawi diambil serius oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan masih dijalankan secara menyeluruh bagi mengenal pasti individu atau kumpulan yang terlibat dalam dakwaan berkenaan.

“Kita masih lagi dalam siasatan. Saya perlu pastikan siapakah yang terlibat, individu yang berkaitan ataupun kumpulan-kumpulan mana yang terlibat. Jadi kita tak dapat nak komen buat sementara,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa satu sidang media khas akan diadakan selepas siasatan lanjut dimuktamadkan bagi menjelaskan perkembangan kes berkenaan.

“Kalau dia berkaitan dengan undang-undang keselamatan dan sebagainya, kita tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pihaknya mengambil serius dakwaan penglibatan seorang anggota polis dalam rangkaian pengedaran dadah di Pulau Langkawi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Dialog Khas PDRM kali kelima, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.