fb fb fb fb fb

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok

(Akaun palsu)

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok menggunakan nama @datukayub8 adalah milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

PDRM memaklumkan akaun berkenaan adalah palsu dengan menggunakan nama dan gambar Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan akaun itu dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi yang tepat dan sahih," menurut PDRM dalam kenyataan.

Akaun berkenaan yang mempunyai lebih 80,000 pengikut memuat naik pelbagai gambar dan video berkaitan Ayob Khan yang menyarung pakaian seragam PDRM.

(Ayob Khan Mydin Pitchay)

Media Baharu