fb fb fb fb fb

Pasukan Operasi Starlight III selamat tiba di tanah air

Pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melaksanakan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Operasi Starlight III) selamat kembali ke tanah air tepat pukul 8.30 malam

SUBANG, 1 Jun- Pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melaksanakan Operasi Bantuan Kemanusiaan (Operasi Starlight III) selamat kembali ke tanah air tepat pukul 8.30 malam di Pangkalan Udara Subang, di sini hari ini.

Pemerintah Ops Starlight III Kolonel Dr Ahmad Farhan Ahmad Fuad memaklumkan sepanjang 38 hari operasi, Hospital Medan Malaysia (HMM ) telah memberikan khidmat rawatan kepada seramai 3,562 pesakit dan melaksanakan 493 prosedur pembedahan.

"Kita berada di sana selama 45 hari tetapi berjaya beroperasi selama 38 hari berturut-turut dekat sana. Kita berjaya membantu kira-kira 3,706 pesakit terdiri daripada penduduk tempatan. Selain itu kita berjaya menguruskan 305 pembedahan.

"Dari segi keselamatan pun, anggota pasukan memang terjaga Perdana Menteri Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing. Pemimpin itu dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berjanji berhubung keselataman pasukan operasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penerimaan Tim Hospital Medan (HMM) Operasi Starlight III di Pangkalan Udara Subang.

Semenatar itu Pakar Bedah Am Ops Stralight III Mejar Dr Azrul Aminur Rashid Yunus berkata, pelbagai cabaran perlu dilalui sepanjang melaksanakan misi tersebut namun ia tidak mematahkan semangatnya dan pasukan untuk membantu masyarakat di sana.

"Cuaca memang sangat panas mencecah hingga 45 darjah celcius pada satu masa. Kadang-kadangh hujan berselang seli dengan bunyi letupan dan sebagainya. Itu semua menjadi pemangkin semangat kita untuk bertugas dengan lebih baik dan membantu masyarakat setempat," katanya.

Penerbangan pulang 69 wira negara itu terdiri daripada 16 pegawai dan 53 anggota daripada pelbagai kepakaran antaranya Forward Anaesthesia and Surgical Team (FAST), elemen dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama pasukan keselamatan.

Kesemua anggota pasukan tiba dengan dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Upacara penerimaan rasmi pasukan itu disempurnakan Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan pengorbanan dalam melaksanakan misi kemanusiaan bawah panji Hospital Medan Malaysia (HMM).

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh; Panglima Operasi Udara Leftenan Jeneral Datuk Masro Kaliwon dan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis.

Operasi Starlight III itu adalah manifestasi keprihatinan dan solidariti kerajaan Malaysia terhadap rakyat Myanmar.

Pasukan berkenaan dihantar ke negara itu akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 skala Richter yang menggegarkan wilayah Sagaing serta lima wilayah lain, disusuli gempa susulan berukuran 6.4 skala Richter yang turut dirasai hingga ke negara jiran termasuk Thailand.

Operasi Starlight III diaktifkan pada 18 April lalu menerusi penghantaran pasukan ke Sagaing untuk menubuhkan Hospital Medan Malaysia (HMM).

HMM mula beroperasi sepenuhnya pada 21 April lepas dengan menyediakan Perkhidmatan Perubatan Tahap 2 kepada penduduk tempatan yang terkesan susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada 28 Mac lalu di Myanmar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI