fb fb fb fb fb

Pastikan PKS maju keutamaan kerajaan

PUTRAJAYA, 19 Januari- Masyarakat disaran memberi galakan dan dorongan penuh kepada perusahaan tempatan yang berteraskan Malaysia Madani.

Tujuannya untuk pertumbuhan negara dan menarik pelaburan asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia kerana menyumbang 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Justeru, memastikan PKS berkembang dan maju harus menjadi keutamaan kerajaan.

"Semua kontrak besar negara kita, kita berikan kepada konglomerat atasan.

"Harus ada pendekatan yang lebih jelas untuk memastikan bahawa golongan PKS termasuk bumiputera harus diberikan peluang supaya dapat diangkat kedudukan mereka dan tidak dibolot sama ada dalam isu perolehan dan juga kontrak besar oleh kerajaan.

"Jadi perkembangan dan kemajuan PKS itu lebih bermakna daripada mendukung kelompok konglomerat yang terpilih. Saya tidak bermaksud untuk menafikan peluang mereka untuk bersama bersaing tetapi dari segi dasar kerajaan mestilah beralih sedikit, anjak sedikit daripada pendekatan yang lama, persaingan di antara syarikat-syarikat besar atasan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri Membangun Malaysia Madani, di sini hari ini.

Media Baharu