fb fb fb fb fb

PASKAL sedang laksana perolehan aset baharu

LUMUT, 26 Oktober- Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang melaksanakan perolehan aset baharu pelbagai jenis dalam masa terdekat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perolehan aset baharu berkenaan dibuat hasil perbincangan berterusan antara kepimpinan Kementerian Pertahanan serta TLDM dengan mengambil kira kehendak serta keperluan pengguna akhir sendiri iaitu TLDM.

Jelasnya, PASKAL tidak hanya mementingkan latihan taktikal semata-mata, malah memerlukan aset yang berkeupayaan menangani ancaman keselamatan semasa.


(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan lawatan kerja
ke Pangkalan TLDM Lumut untuk meninjau tahap kesiapsiagaan TLDM khususnya PASKAL/FB MINDEF)

"Kumpulan-kumpulan elite ni penting dalam konteks kita hendak memastikan moral anggota ATM sentiasa berada pada tahap tertinggi dan saya tahu dan lihat sendiri kemampuan mereka secara fizikal atur gerak anggota, tetapi pada masa sama tidak ada sebab pihak MINDEF tidak dapat membekal aset aset yang diperlukan oleh mereka dalam masa yang diharapkan", katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi Ke KD Panglima Garang, Pangkalan TLDM Lumut di Lumut, Perak.

Tambahnya, PASKAL turut bakal menerima lebih 900 aset pelbagai jenis yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat merangkumi Glock 17 Gen 4; M4 Carbine; Bullet Proof Vest; Spotter Scope; dan Radio Hand Held Thales.

Katanya, sumbangan itu diperoleh menerusi kerjasama pertahanan erat antara Malaysia-Amerika Syarikat (AS) khususnya melalui program 'Building Partnership Capacity' serta hasil hubungan akrab beliau dengan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd J. Austin III.

Media Baharu