fb fb fb fb fb

Parma kembali ke Serie A selepas tiga tahun

Foto www.parmacalcio1913.com

ROME, 2 Mei - Parma kembali ke Serie A selepas tiga tahun menghuni divisyen dua berikutan seri 1-1 dengan Bari.

Berbaki dua lagi perlawanan, Parma kini mengumpul 74 mata di tangga pertama iaitu tujuh mata di depan pencabar, Venezia.

Parma bakal disertai Como dan Venezia yang berpeluang ke Serie A melalui 'Playoff'.

Setakat ini, Salernitana disahkan tersingkir dari saingan Serie A.

Parma belum pernah dinobatkan sebagai juara Liga Itali, namun pernah menjuarai Piala Itali sebanyak tiga kali.

Di Eropah, mereka telah memenangi Piala Juara Antara Juara pada 1993 dan Liga UEFA pada 1995 dan 1999.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD