fb fb fb fb fb

Pahang laksana inisiatif Zon Penampan di sempadan Kelantan, Terengganu

(Datuk Seri Johari Harun pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan
Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) yang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut, Pahang)

JERANTUT, 7 April- Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Daerah Jerantut (MDJ) melaksanakan insiatif sempadan hijau atau pun Zon Penampan (kawasan hijau) di bawah Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2).

Ia melibatkan kawasan seluas 500 meter di sepanjang 277.16 kilometer sebelum garisan sempadan negeri Kelantan dan Terengganu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Sri Johari Harun berkata, ini adalah keputusan Kerajaan Pahang pada tahun 2021 menerusi Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

"Ya, itu adalah keputusan kerajaan negeri Pahang pada tahun 2021, mesyuarat memutuskan Zon Penampam sebanyak 500 meter.

"Jadi kawasan itu tidak boleh di lakukan apa apa makna kita letak situ adalah kawasan hijau,"katanya.

Tambah beliau, bagi daerah Jerantut, sempadan hijau membabitkan keluasan 11,156.66 hektar akan diwartakan sebagai hutan simpan kekal menurut Seksyen 7 Akta Perhutanan Negara 1984.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) yang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Jerantut, Pahang.

Rancangan Tempatan Daerah Jerantut 2020 (Pengubahan 2) disediakan bagi menyelaras pembangunan guna tanah yang didapati berubah akibat tekanan pembangunan kesan daripada hartanah semasa di Jerantut.


(Datuk Seri Johari Harun pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program
Publisiti dan Penyertaan 
Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah
Jerantut 2020 (Pengubahan 2) 

Media Baharu